Isu Hudud: Pakatan Rakyat Berpegang Kepada Buku Jingga

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada Isnin memutuskan untuk berpegang kepada persetujuan yang dicapai dalam buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud bukan merupakan sebahagian polisi bersama mereka walaupun terdapat perbezaan pendapat antara PAS dan DAP dalam isu berkenaan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata walaupun terdapat perbezaan ideologi antara PAS dan DAP mereka akan tetap berpegang kepada persetujuan yang dibuat dalam buku Jingga pada 28 September lalu.

"Kita masih terikat dengan kenyataan pada 28 September, matlamat utama kita adalah penambahbaikan ekonomi, sebarang perubahan tertakluk kepada Perlembagaan dan polisi bersama yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan PR selama hampir tiga jam di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Isnin.

Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu menghormati perbezaan ideologi dan agama yang terdapat dalam PR kerana ada isu yang lebih penting iaitu menuntut pilihan raya bersih dan adil adalah lebih penting ketika ini berbanding pelaksaan hukum hudud.

"Kita sudah membuat kenyataan dalam isu ini sejak 28 September lalu. Kita tetap berpegang teguh mempertahankan kenyataan bersama yang telah kita persetujui seperti mana yang terkandung dalam buku Jingga.

"Dalam masa yang sama kita menghormati perbezaan ideologi dan perbezaan agama yang terdapat dalam PR. Kita mahu selesaikan isu ini bukan melalui media tetapi dengan perbincangan dalaman," katanya.

Dalam pada itu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa, ketiga-tiga parti telah bersetuju bahawa sebarang perubahan polisi mesti mendapat persetujuan bersama secara konsensus.

"Ketiga-tiga parti telah bersetuju dalam isu pelaksanaan hudud. Bagi pihak kami (DAP), sangat jelas bahawa ia tidak termasuk dalam persetujuan bersama dalam Buku Jingga tetapi kami menghormati pendirian PAS dalam isu ini," katanya.

Khamis lalu, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang dillaporkan berkata hukum hudud bukan sesuatu yang menjadi keutamaan walaupun ia akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Pembangkang mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

Menurutnya, hudud akan dilaksanakan terlebih dahulu kepada umat Islam sementara bukan Islam diberi pilihan (untuk menerimanya atau tidak).

Tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar daripada pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian Kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Mursyidul Am PAS itu dipetik sebagai berkata, DAP pernah keluar daripada kerjasama pembangkang ketika dalam Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dahulu dan menyertai semula pakatan pembangkang selepas itu.

Bagaimanapun, isu mengenai pelaksanaan hukum hudud ini menjadi semakin panas apabila Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong Kelantan melaksanakan hukum hudud.

Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan terkejut dengan komen Anwar itu dan mempersoalkan hasrat Kerajaan PAS Kelantan melaksanakan juga hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Anwar berkata PR akan hanya menggunakan satu manifesto pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

"Kita sudang meyiapkan manifesto pilihan raya dengan teliti dalam mesyuarat sebentar tadi. Persiapan pilihan raya oleh Pakatan Rakyat (PR). Kita akan menjelajah ke beberapa buah negeri untuk menjelaskan mengenai manifesto dan perubahan yang di bawa oleh PR.

"Kita hanya akan ada satu manifesto sahaja walaupun negeri-negeri akan menambah mengikut isu negeri tetapi PR akan ada satu manifesto sahaja untuk pilihan raya,” katanya.

Mengenai pembahagian kerusi dalam Pakatan Rakyat, Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali berkata ia sudah hampir untuk dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

"Saya boleh katakan ia sudah sampai tahap 90 peratus. Kita akan adakan mesyuarat terakhir mengenai pembahagian kerusi tidak lama lagi selepas itu senarainya akan dapat disiapkan. Saya tidak boleh tarikh yang tepat tapi ia akan dibuat dalam tempoh kurang seminggu," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan