Anggota Penguat Kuasa DBKL Bakal Diberi Latihan Khusus Hadapi Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anggota penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan diberi latihan khusus sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya perhimpunan haram pada masa hadapan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata latihan khusus itu perlu kerana dalam senario terkini, kemungkinan lebih banyak perhimpunan haram akan diadakan dari semasa ke semasa, terutamanya di Kuala Lumpur.

"Lebih elok jika anggota penguatkuasa dilatih khusus untuk menghadapi sebarang perhimpunan haram, tidak kira perhimpunan besar atau kecil, anggota penguatkuasa akan dicabar supaya kekecohan berlaku," katanya pada sidang media selepas lawatan kerja dan pelancaran kempen 'Keep Smiling 2012' peringkat Jabatan Penguatkuasaan DBKL, di sini Isnin.

Kempen berkenaan bertujuan memantapkan budaya mesra pelanggan dan berbudi bahasa dalam kalangan warga Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, dan juga agensi di bawahnya.

Mengulas lanjut mengenai latihan khusus itu, Raja Nong Chik berkata perbincangan telah diadakan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

"Saya telah mengadakan perbincangan dengan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan kita akan bekerjasama dengan mereka (KDN) menyediakan maklumat terperinci mengenai latihan itu," katanya.

Menurutnya lagi, perbincangan mengenai latihan akan turut melibatkan polis, kerana polis telah dilatih khusus menghadapi situasi perhimpunan haram.

"Polis mungkin akan mengetuai latihan tersebut, tetapi semua ini masih bergantung kepada perbincangan yang akan diadakan," katanya.

Raja Nong Chik berkata selain itu kelengkapan anggota penguatkuasaan DBKL juga akan diperkemas semula.

"DBKL mungkin tidak ada kelengkapan khusus untuk menghadapi situasi perhimpunan haram, (jadi) peruntukan khas berkaitan persediaan kelengkapan mungkin akan disediakan," katanya.

Beliau berkata kelengkapan itu perlu demi mengelak kecederaan kepada anggota penguatkuasa yang bertugas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan