56 Pasukan Penguat Kuasa Pantau Pilihan Raya Di Selangor

Diterbitkan: Isnin, 14 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menubuhkan Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya (PPKPR) di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk wan Ahmad Wan Omar berkata, penubuhan pasukan berkenaan bagi memastikan parti politik yang bertanding mematuhi peraturan pilihan raya.

Bagaimanapun katanya jumlah pasukan bagi setiap negeri seluruh negara kecuali di Sarawak bergantung kepada keperluan dan situasi politik.

"Tidak semua kawasan di seluruh negara kita tubuh PPKPR ikut DUN, ada negeri yang tak perlu ikut DUN sebaliknya hanya ikut kawasan Parlimen.

"Selangor ada negeri kedua yang kita tubuhkan pasukan ini selepas Pahang. Di Pahang kita tubuh mengikut kawasan Parlimen dengan pertambahan lapan pasukan.

"SPR akan lihat secara terpeinci daripada pelbagai sudut dan kepentingan, negeri mana yang akan kita lantik PPKPR ikut jumlah DUN," katanya pada sidang media selepas taklimat penubuhan PPKPR Selangor di sini, Isnin.

Mengulas lanjut Wan Ahmad berkata, keperluan pasukan PPKPR ditubuh bagi setiap DUN di Selangor berdasarkan ramalan ketegangan yang bakal berlaku di negeri itu.

"Ia terpulang kepada maklum balas Pegawai Pengurus pilihan raya. Tahap ketegangan itu ada, sebagai contoh di Selangor, parti kerajaan negeri sekarang ini nak pertahankan negeri ini daripada jatuh ke tangan BN (Barisan Nasional).

"BN pula sebagai parti Kerajaan Pusat akan melakukan sedaya mungkin untuk ambil alih Selangor, jadi bayangkan bagaimana permainan politik dan usaha parti-parti untuk menarik perhatian pengundi.

"Inilah betapa pentingnya peranan pasukan penguat kuasa kempen untuk pastikan mereka yang berkempen patuhi undang-undang," katanya.

Tambah beliau setiap pasukan tersebut akan diketuai oleh seorang pegawai SPR bersama seorang pegawai polis berpangkat inspektor dan ke atas, pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) serta wakil setiap calon yang bertanding.

Wan Ahmad berkata beliau menjangkakan urusan penubuhan PPKPR dijangka siap di seluruh negara pertengahan Jun ini.

Mengulas sama ada SPR bersedia mengadakan pilihan raya sekiranya Parlimen di bubarkan pada bulan ini, Wan Ahmad berkata: "Kita sempat nak buat persediaan. SPR rancang dah lama dengan pelbagai program taklimat...semua tengah buat.

"SPR buat perancangan ikut jadual. Tapi kalau Parlimen dibubarkan secara tak diduga, SPR tak boleh kata kami tak siap.

"Namun mengikut undang-undang SPR diberi kuasa 60 hari untuk tetapkan tarikh mengundi," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan