Tabung Khas Bantu Golongan Tidak Mampu Bayar Sewa PPR Ditubuh

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memperuntukkan 10 peratus hasil jualan rumah di bawah Projek perumahan Rakyat (PPR) untuk satu tabung khas bagi membantu penghuni yang tidak berkemampuan membayar sewa rumah.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sehingga kini kira-kira 20 peratus penyewa rumah PPR gagal membayar sewa dengan separuh daripada mereka memang tidak mampu.

"Golongan 10 peratus ini akan kita cuba bantu manakala yang selebihnya tetap perlu membayar sewa rumah mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri sambutan Hari Ibu anjuran Pusat 1Malaysia Lembah Pantai di sini, Ahad.

Hampir 200 kaum ibu hadir memeriahkan sambutan itu.

Mengulas lanjut, Raja Nong Chik berkata, peruntukan tabung itu akan bergantung kepada penjualan rumah PPR, dengan jangkaan 12,000 hingga 15,000 unit dijual dalam fasa pertama.

Katanya, lebih 50,000 unit rumah PPR akan dijual secara berperingkat dan arahan penubuhan tabung khas telah dikeluarkan dan dijangka dilaksanakan tahun ini.

Menurutnya, tabung itu akan memberi keutamaan kepada golongan memerlukan seperti ibu tunggal serta penyewa yang sakit sehingga tidak mampu membayar sewa.

"Ada penyewa yang gagal membayar sewa tetapi pihak kita nak ambil tindakan pun agak sukar kerana ada yang benar-benar tidak mampu untuk membayar sewa.

"Melalui penubuhan tabung ini, data terperinci mengenai penyewa akan diperoleh dan kita boleh asingkan penyewa perlu dibantu melalui dana tabung itu dan penyewa yang perlu membayar sewa yang tertunggak," katanya.

Beliau berkata, tindakan akan diambil terhadap penyewa yang sengaja tidak membayar sewa walaupun mampu.

Raja Nong Chik berkata, kementerian akan meneruskan program seperti latihan memasak dan menjahit kepada penyewa supaya mereka boleh mempunyai pendapatan sendiri dan seterusnya mampu membayar sewa rumah masing-masing. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan