Sistem Pendidikan Perlu Dilihat Secara Objektif, Jangan Dilingkungi Dunia Politik - Zambry

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA KANGSAR: Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata kualiti pendidikan negara tidak perlu dipersoalkan sambil meminta mana-mana pihak yang bersikap sinis terhadapnya supaya kembali melihatnya secara objektif dan bukan hanya dilingkungi dengan dunia politik semata-mata.

Beliau berkata ini kerana kerajaan sentiasa melakukan perubahan dengan memperbaiki sistem atau kaedah pendidikan dari semasa ke semasa untuk melonjakkannya ke tahap transformasi pendidikan.

"Mungkin terdapat pelbagai bidang pendidikan mempunyai kekurangan masing-masing dan perlu diperbaiki...mana-mana pihak boleh mengutarakan pandangan tetapi bukan dengan mempersoalkan atau mentertawakan kualiti pendidikan di negara kita," katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Festival Hari Guru (FHG 2012) sempena sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian apabila mengulas mengenai terdapat pihak yang mempersoalkan kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, mengenai tahap kualiti pendidikan di negara ini antara yang terbaik dalam dunia.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Sufaat Tumin.

Zambry turut menjelaskan bahawa kerajaan melakukan perubahan apabila sistem pendidikan digabungkan dengan aspek kokurikulum bagi mencungkil dan menggilap bakat pelajar.

"Sebagai contoh pelajar bukan sahaja pandai dalam mata pelajaran malah pandai bermain alat muzik, ini merupakan refleksi dan manifestasi berkembangnya pendidikan di negara kita dengan menggabungkan aspek kokurikulum," katanya.

Mengenai majlis itu beliau berkata festival yang dianjurkan oleh Kumpulan Utusan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran itu memberi rangsangan kepada orang ramai untuk melonjakkan lagi agenda transformasi pendidikan.

"Transformasi pendidikan merupakan antara perkara yang perlu ditekankan dalam agenda transformasi negara. Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan juga Timbalan Perdana Menteri turut menekankan bahawa pentingnya pendidikan untuk mencapai ke satu tahap pendidikan dunia," katanya.

FHG 2012 yang merupakan festival perguruan terbesar dianjurkan dari 12 hingga 16 Mei ini, menyajikan pelbagai aktiviti pendidikan antaranya pameran, pertandingan khusus buat pelajar sekolah rendah dan menengah, aktiviti di gerai Utusan, studio penghias wajah, jualan buku dan majalah.

Pada majlis itu Zambry turut menyampaikan anugerah Pelajar Cemerlang kepada 30 pelajar negeri itu yang lulus cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan