Rosmah Saran Majikan Khususnya Di Sektor Swasta Tubuh Taska Di Tempat Kerja

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor pada Ahad menyarankan majikan khususnya di sektor swasta supaya memberi sokongan padu dan komitmen terhadap golongan wanita berkerjaya dengan menubuhkan taska di tempat kerja.

Beliau berkata penubuhan taska di tempat kerja dapat memastikan para ibu yang berkerjaya berfikiran tenang, sekali gus meningkatkan produktiviti tanpa menjejaskan keutuhan institusi kekeluargaan.

"Hasil kajian Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendapati masalah penjagaan anak-anak adalah punca utama wanita di negara ini menamatkan kerjaya mereka lebih awal.

"Hal ini berlaku terutamanya di kalangan wanita berusia lingkungan 35 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 71 peratus yang mana di peringkat umur tersebut merupakan kemuncak kerjaya bagi wanita dan pada masa yang sama anak-anak memerlukan perhatian dan kasih sayang daripada ibu," katanya.

Beliau berucap pada sambutan Hari Ibu peringkat kebangsaan 2012, yang bertemakan 'Ibu Berkerjaya Sentiasa Di Sisi,' di sini Ahad.

Hadir sama isteri Menteri Besar Johor Prof Datin Dr Jamilah Ariffin, Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat Senator Datuk Heng Seai Kie dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai.

Rosmah berkata penemuan 'The 2010 Survey of Mothers in Europe,' turut mendapati ramai ibu yang bekerja menyuarakan rasa kesal kerana terpaksa melepaskan detik penting dalam fasa pembesaran anak-anak mereka kerana kekurangan berinteraksi bersama anak-anak.

Beliau berkata tindakan para ibu yang terpaksa mengetepikan cita-cita dan impian kerjaya demi keluarga itu amat merugikan negara kerana kaum wanita terkenal berupaya menjalankan pelbagai tugas dengan jayanya.

Katanya kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif bagi membantu golongan ibu yang berkerjaya untuk mengimbangi masa antara keluarga dan kerja, termasuk jadual bekerja anjal, kemudahan bekerja dari rumah dan menyediakan taska.

Bagaimanapun, katanya jumlah itu masih tidak menggalakkan apabila hanya 76 buah taska diwujudkan iaitu 60 di sektor awam dan 16 di sektor swasta.

"Berdasarkan perangkaan kumpulan umur wanita bekerja pada tahun 2010, wanita muda berumur 25 hingga 29 tahun adalah paling ramai berada dalam sektor pekerjaan iaitu 67 peratus, diikuti wanita berumur 30 hingga 34 tahun iaitu 61 peratus dan 35 hingga 39 tahun merangkumi 56 peratus.

"Dengan ini adalah amat bertepatan sekali sambutan Hari Ibu tahun ini yang mana modal insan wanita begitu penting dan diperlukan bagi meningkatkan pembangunan ekonomi serta memelihara kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh," katanya.

Pada majlis itu, Rosmah turut melancarkan portal 'Malaysian Working Mother's Forum,' yang dibangunkan Dutch Lady Malaysia Berhad bagi menjadi platform ibu berkerjaya untuk berbincang dan berkongsi pengalaman kerja serta keluarga mereka.

Beliau turut membacakan puisi khas dan menyampaikan sebuah lagu untuk semua ibu sempena sambutan hari berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan