RAPID: Johor Umum Nilai Pampasan Kepada Penduduk Selewat-Lewatnya Oktober Depan

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Kerajaan Johor akan mengumumkan nilai pampasan kepada penduduk yang terlibat bagi Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Johor Selatan, selewat-lewatnya Oktober depan.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata proses penilaian pampasan kepada penduduk sedang dilaksanakan dan dijangka selesai dalam tempoh tiga hingga lima bulan.

"Kerajaan sedar ketika ini, perkara yang berlegar di fikiran penduduk dan yang kerap dibualkan ialah soal pampasan. Jadi kita berharap penduduk bersabar dan tunggu pengumuman yang akan dibuat," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) Johor Selatan di Pengerang hari ini oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Shamsul Azhar Abbas.

Abdul Ghani berkata kerajaan negeri akan memastikan penduduk Pengerang akan mendapat manfaat yang terbaik berikutan pelaksanaan projek itu.

Beliau memberi keyakinan sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kebajikan penduduk di Pengerang tidak akan diabaikan dan akan dipastikan terpelihara.

Beliau berkata agenda penting dalam pelaksanaan RAPID ialah penyediaan tempat perpindahan penduduk yang akan dilakukan secara berperingkat.

"Kumpulan pertama akan mula berpindah pada Mac tahun depan melibatkan tiga kampung iaiu Kampung Sungai Kapal, Kampung Teluk Empang dan Kampung Langkah Baik," katanya.

Abdul Ghani yakin projek RAPID itu akan membawa faedah dan pembangunan infrastruktur yang akan meningkatkan taraf hidup rakyat di situ.

Beliau turut yakin projek itu akan menjadi pemangkin kepada pembangunan pelbagai industri sokongan minyak dan gas yang memberi peluang kepada syarikat tempatan untuk berinteraksi dengan syarikat minyak dan petrokimia antarabangsa yang bakal turut serta dalam projek itu.

Ini, katanya sedikit sebanyak akan membantu meningkatkan tahap kemahiran, pengetahuan dan keupayaan syarikat tempatan itu termasuklah dalam bidang kejuruteraan, pemerolehan ataupun pemasangan teknikal.

Shamsul Azhar, ketika berucap, berkata RAPID melambangkan kesungguhan Petronas untuk membangunkan urus niaga hilirannya serta mengukuhkan lagi keupayaan syarikat untuk bersaing di pasaran produk petroleum dan petrokimia di rantau Asia.

Dengan pelaburan sebanyak RM60 bilion, beliau berkata projek Rapid dijangka memainkan peranan yang penting dalam menyokong perkembangan industri minyak dan gas di Johor.

"Saya juga yakin projek RAPID ini akan mampu menjadi pemangkin untuk memacu pembangunan Pengerang, seperti mana tumbuh pesat pembangunan ekonomi tempatan kesan wujudnya Kompleks Petrokimia Bersepadu Kerteh di Terengganu, Kompleks Petrokimia Bersepadu Gebeng di Pahang mahupun Kompleks Penapisan Minyak di Sungai Udang, Melaka," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan