MTUC & Cuepacs Kendalikan 10 Kedai Rakyat 1Malaysia - PM

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu memberi satu lagi hadiah istimewa kepada Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) untuk mengendalikan 10 buah Kedai Rakyat 1 Malaysia (KR1M).

Perdana Menteri berkata kedua-dua organisasi yang menjadi tunjang utama produktiviti negara itu masing-masing akan mengendalikan lima kedai KR1M bagi mengukuhkan kekuatan ekonomi organisasi tersebut.

"Dalam membangunkan ekonomi negara, saya dengan sukacitanya mengumumkan 10 buah Kedai Rakyat 1Malaysia untuk dikendalikan oleh MTUC bagi sektor swasta dan dan CUEPACS bagi sektor awam," katanya ketika berucap memberikan amanat kepada lebih 12,000 warga kerja yang menghadiri perhimpunan Hari Pekerja 2012, di Taman Ekspo Pertanian Serdang, di sini, Sabtu.

Sebelum ini, kerajaan memberikan kenaikan gaji penjawat awam dari tujuh hingga 13 peratus dan menetapkan gaji minimum pekerja sektor swasta RM900 di semenanjung dan RM800 di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam, Timbalannya Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Abu Bakar Abdullah, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman, Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia Datuk Azman Shah Haron dan Presiden MTUC Mohd Khalid Atan.

Dr Subramaniam yang menyambut baik pengumuman itu berkata usaha kerajaan itu mampu meringankan beban para pekerja terutamanya yang berpendapatan rendah dan sekaligus mengukuhkan kedudukan kewangan organisasi itu.

Sementara itu, Omar yang ditemui selepas majlis itu berkata beliau agak terkejut dengan pengumuman itu.

"Saya tidak menjangka pengumuman manis Perdana Menteri. Saya memang terkejut sebab kita tidak harapkan apa-apa. Ia merupakan satu insentif untuk menjana ekonomi dan menjaga kebajikan anggota kami," katanya. Mohd Khalid pula berkata beliau akan berbincang dengan jawatankuasanya berhubung pengurusan KR1M.

"Ini merupakan peluang perniagaan pertama yang ditawarkan kepada kita. Jadi kita akan terima tanggungjawab dan cabaran ini, pastikan ia berjaya," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan