Maidam Dedah Ada Syarikat Milik Kerajaan Enggan Bayar Zakat

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) pada Ahad mendedahkan ada segelintir syarikat milik kerajaan yang enggan membayar zakat.

Yang Dipertua Maidam, Datuk Mazlan Hashim berkata alasan syarikat-syarikat terbabit ialah kerana mereka menyumbang terus kepada kerajaan.

"Kebelakangan ini saya telah didatangi pengurus beberapa syarikat yang dimilki oleh kerajaan menyatakan mereka tidak mahu membayar zakat dengan memberi alasan mereka telah memberi sumbangan kepada kerajaan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM269,249,79 di sini.

Pada majlis itu, TNB diwakili Pengurus Besar TNB negeri Md Yuslan Md Yosof manakala Mazlan mewakili Maidam.

Mazlan berkata pihaknya akan merujuk perkara itu kepada Majlis Fatwa negeri untuk mengkaji secara mendalam berhubung perkara tersebut.

Begitupun, beliau berkata Maidam cuba memberi penjelasan dan penerangan dengan harapan syarikat-syarikat tersebut akan mengeluarkan zakat mengikut lunas-lunas yang ditetapkan agama.

Mengikut Enekmen Jenayah Takzir 2001 Terengganu, mereka yang tidak mengeluarkan zakat boleh dikenakan denda, katanya. Dalam perkembangan lain beliau berkata tahun ini Maidam menyasarkan kutipan zakat sebanyak RM100 juta berbanding RM88 juta tahun lepas.

Katanya sehingga hari ini, Maidam telah berjaya mengutip sebanyak RM21.5 juta pelbagai zakat berbanding tempoh yang sama tahun lepas iaitu RM22.9 juta.

Mazlan berkata bagi memudahkan orang ramai membayar zakat terutamanya di kawasan-kawasan luar bandar, Maidam menyediakan sebuah van yang akan bergerak ke seluruh negeri.

Katanya Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin akan melancarkan van tersebut apabila baginda melawat Maidam Jun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan