Kenyataan Lim Tidak Bertanggungjawab - Palanivel - Berita Semasa | mStar

Kenyataan Lim Tidak Bertanggungjawab - Palanivel

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel menyifatkan kenyataan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang menyebut kuil Hindu akan terancam jika Umno kembali memerintah Pulau Pinang, sebagai satu kenyataan yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata kenyataan itu adalah tidak benar sama sekali memandangkan pelbagai peruntukan telah disediakan kerajaan bagi membina dan membaik pulih kuil sedia ada di negara ini.

"Jumlah besar peruntukan disediakan oleh kerajaan bagi membantu kuil Hindu di negara ini. Adalah silap untuk berkata sekiranya Umno berkuasa semula di Pulau Pinang, mereka akan menutup kuil," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM2.2 juta kepada 51 buah kuil dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kaum India di sini, Sabtu.

Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mengulas kenyataan Lim itu dengan merujuk insiden meroboh sebuah kuil Hindu oleh Penang Port Sdn Bhd, pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Isnin lepas. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan