Diskriminasi Pekerja: Indonesia Terima Penjelasan Malaysia

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Kerajaan Indonesia menerima penjelasan Malaysia berhubung dakwaan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez konon wujud diskriminasi terhadap pekerja asing di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.Subramaniam berkata beliau menafi dan menjelaskan hal itu pada pertemuan dengan Menteri Tenaga Kerja Transmigrasi Indonesia beberapa hari lalu ketika menghadiri mesyuarat Menteri-Menteri Asean di Phnom Penh, Kemboja.

"Mereka (Indonesia) faham apa yang betul dan apa yang salah," katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Hari Pekerja 2012 di Taman Ekspo Pertanian Serdang (MAEPS) di sini, Sabtu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan perhimpunan itu yang dihadiri lebih 12,000 warga kerja dari sektor awam dan swasta.

Isnin lalu, dalam temu bual berbentuk soal jawab disiarkan The Jakarta Post, Fernandez mendakwa Malaysia tidak mempunyai undang-undang khusus untuk menjaga kebajikan pekerja asing.

Subramaniam mengecam kenyataan Fernandez sebagai tidak tepat dan tidak bertanggungjawab seolah-olah memberi persepsi negatif terhadap keselamatan pekerja asing negara ini. Beliau berkata semua pekerja tanpa mengira tempatan atau asing sentiasa diberi layanan sama di bawah Akta Kerja di negara ini.

"Kalau dia cakap Malaysia tidak selamat untuk pekerja asing, itu bermaksud Malaysia tidak selamat untuk pekerja tempatan juga.

"Dari segi undang-undang, layanan adalah sama untuk semua pekerja tempatan dan pekerja asing," katanya.

Sementara itu, Subramaniam berkata draf Rang Undang-undang Umur Persaraan Swasta bagi menetapkan umur persaraan sektor swasta, termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) kepada 60 tahun telah dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk diperhalusi dan dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Di sektor awam, umur persaraan telah ditingkatkan kepada 60 tahun bermula tahun ini. Terdahulu, dalam ucapannya, Subramaniam berkata kerajaan akan terus membantu menaikkan taraf hidup pekerja estet yang rata-rata berpendapatan rendah.

Beliau berkata kerajaan telah mengadakan rundingan dengan Sime Darby Plantation untuk memberikan bayaran RM200 dengan kehadiran penuh secara bulanan sebagai insentif tambahan kepada pekerja tempatan dan ex-gratia pekerja asing.

"Pemberian insentif ini juga diperluaskan kepada syarikat perladangan di bawah Persatuan Pengeluar-pengeluar Pertanian Tanah Melayu (MAPA). -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan