Curi Kabel: TNB Rugi RM170 Juta

Diterbitkan: Ahad, 13 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian hampir RM170 juta akibat kecurian logam (kuprum) pencawang elektrik melibatkan kawasan di seluruh Semenanjung Malaysia dari tahun 2004 sehingga tahun lepas.

Naib Presiden (Penghantaran) TNB Datuk Rozimi Remeli berkata di Melaka sahaja TNB kerugian sebanyak RM7 juta dalam tempoh sama.

Beliau berkata jenayah itu bukan sahaja merugikan TNB malah turut memberi kesan kepada pengguna dan mengganggu aktiviti harian pengguna.

"Kecurian tersebut menyebabkan bekalan elektrik terputus dan TNB perlu membelanjakan puluhan hingga ratusan ribu ringgit untuk menggantikan logam yang dicuri," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Kempen Kesedaran Keselamatan TNB Peringkat Negeri Melaka di sini, Sabtu.

Majlis itu yang dirasmikan Pengarah Pelajaran Negeri Datuk Mohd Yusoff Osman, dihadiri 304 peserta terdiri daripada 228 pelajar dan 76 guru dari sekolah di sekitar daerah Alor Gajah.

Penganjuran kempen di bawah tanggunggjawab sosial korporat TNB yang mula dilaksanakan sejak 2007 itu bertujuan memberi kesedaran atau punca kecuaian yang boleh mengundang kemalangan elektrik kepada pelajar sekolah.

Rozimi berkata aktiviti vandalisme itu turut mengundang kemalangan maut kepada pencuri akibat kecuaian mereka dan bilangan kes maut akibat insiden itu turut berkurangan kepada 28 kes pada tahun lepas berbanding 33 kes pada tahun 2010.

"Pengurangan itu ekoran pendedahan berterusan TNB kepada pengguna melalui kempen kesedaran keselamatan yang dianjurkan," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu lebih menitik berat keselamatan elektrik dan mengikut prosedur yang betul ketika menyelenggara atau menambah peralatan elektrik di premis atau kediaman mereka bagi mengelak kemalangan.

Katanya TNB turut menyarankan pemilik bangunan lama agar melakukan pemantauan berterusan terhadap sistem pendawaian elektrik di bangunan tersebut dengan bantuan pakar atau kontraktor.

Ini kerana, katanya tanggungjawab itu terletak pada pemilik bangunan dan sebagai langkah pencegahan awal daripada berlakunya sebarang kemalangan elektrik. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan