Tuntutan Bertindih Di Laut China Selatam Tidak Perlu Campur Tangan Tentera - Zahid Hamidi

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BAGAN DATOH: Masalah tuntutan bertindih di Laut China Selatan yang dihadapi oleh negara penuntut tidak memerlukan campur tangan pasukan tentera dari mana-mana negara sekalipun, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata ia boleh diselesaikan melalui kementerian luar masing-masing dan negara berkenaan boleh membawa perkara itu sebagai antara agenda pada Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean di Phnom Penh 27 Mei ini.

"Saya harap negara-negara yang ada tuntutan bertindih seperti Malaysia, Brunei, Filipina, Vietnam dan Thailand agar membawa perkara ini sebagai salah satu agenda dalam mesyuarat itu.

"Perkara ini boleh diselesaikan dan kita tidak mahu ada nota bantahan diplomatik kerana ia akan mengakibatkan hubungan tidak baik," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sang Moo Do (Rakan Muda) melibatkan 11 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Parlimen Bagan Datoh di sini, Sabtu.

Mengenai kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menembak kapal nelayan Filipina di perairan negara di Laut China Selatan minggu lepas, Ahmad Zahid berkata pegawai berkenaan telah diambil tindakan. "Sepatutnya apa yang dilakukan ialah membawa kapal itu keluar dari perairan Malaysia. Ini kita punya prosedur operasi standard (SOP). Kita tidak boleh menembak, kita mesti bawa keluar dari tempat itu. "Kejadian itu berlaku di Laut China Selatan. Kenyataan terhadap tindakan pegawai tentera itu akan dikeluarkan oleh Panglima Tentera Laut," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan