Tan Sri Arshad Ayub, Khalidah Adibah Amin Dianugerah Tokoh Melayu Terbilang Umno 2012

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tan Sri Arshad Ayub dan Khalidah Adibah Amin dianugerahkan Tokoh Melayu Terbilang Umno 2012 pada sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil malam Jumaat.

Anugerah itu, yang disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden Umno, sebagai menghargai sumbangan mereka kepada negara dan parti.

Arshad, 84, merupakan Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) terharu dan bersyukur menerima anugerah itu serta berharap orang Melayu tidak bersikap seperti kacang lupakan kulit kerana Umno sudah banyak berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan rakyat dan negara.

"Sehingga hari ini, saya belum jumpa bukti parti Melayu lain yang boleh menerajui negara seperti Umno," katanya ketika ditemui pemberita.

Arshad yang masih aktif sebagai seorang pentadbir, khususnya dalam dunia korporat dan pendidikan, merupakan antara pelopor dalam pembangunan UiTM serta menjadi pengarah pertamanya pada 1967 hingga 1975.

Khalidah Adibah, 76, pula diiktiraf Tokoh Melayu Terbilang Umno kerana sumbangan beliau terhadap ketamadunan ilmu persuratan, kesusasteraan dan bahasa.

Anak kepada pejuang kemerdekaan Tan Sri Zainon Sulaiman atau Ibu Zain itu amat prihatin dalam mengangkat latar hidup masyarakat ke dunia penulisan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan