'Sistem Radar' BN Cari Kerjaya Sesuai

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN)menyediakan 'sistem radar' untuk membantu pencari kerja mengenal pasti kemahiran mereka sebelum memohon sebarang jawatan atau pekerjaan. Pengerusi Sekretariat karnival itu, Nazir Hussin Akhtar Hussin berkata sistem itu disediakan buat kali pertama di karnival itu selepas dikaji modul penggunaannya tahun lepas.

Karnival itu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno.

Nazir Hussin berkata sistem radar itu disambungkan kepada hampir 70,000 majikan dalam pangkalan data karnival.

"Pencari kerja hanya perlu menjawab hampir 100 soalan mudah mengenai diri mereka sebelum sistem itu akan mengenal pasti kerja yang sesuai buat mereka," katanya ketika ditemui pemberita pada karnival itu, di sini, Sabtu.

Beliau berkata selepas selesai menjawab soalan calon boleh memuat naik resume ke dalam data sistem radar itu yang turut digunakan secara meluas di Singapura dan Amerika Syarikat.

Katanya sistem itu turut menawarkan lebih 600 peluang pekerjaan.

Sementara itu, Biro Aduan Pekerja yang turut menyertai karnival berkenaan menerima pelbagai aduan termasuk di buang kerja tanpa sebab dan notis, majikan tidak mencarum kepada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) selain tidak dibayar gaji.

Seorang daripada 20 peguam yang mewakili biro itu, Mohd Fadly Hashim berkata biro itu mendapati ramai pekerja tidak tahu kepada siapa mereka perlu mengadu jika ditimpa masalah berkaitan kerja.

Beliau berkata aduan boleh disalurkan kepada laman web, www.aduanpekerja.my selain mengunjungi mana-mana karnival kerjaya.

Biro Keahlian dan Daftar Pemilih Pergerakan Pemuda Umno pula mensasarkan kira-kira 300 keahlian pada karnival ini.

Anggotanya, Suhaimi Mohd Salleh berkata respons yang diterima sangat baik termasuk dari golongan muda yang ingin menyertai Umno. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan