Ribuan Ahli Umno Membanjiri Stadium Bukit Jalil Sempena Ulangtahun Umno ke-66

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahli-ahli UMNO dari segenap pelusuk negara mula berkumpul bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat. Foto THE STAR Oleh: GLENN GUAN.
Ahli-ahli UMNO dari segenap pelusuk negara mula berkumpul bagi menunggu ketibaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat. Foto THE STAR Oleh: GLENN GUAN.

KUALA LUMPUR: Stadium Bukit Jalil kini bertukar menjadi lautan merah dengan kebanjiran ahli Umno dari seluruh pelusuk negara yang berkumpul bagi meraikan sambutan ulang tahun parti yang ke-66 pada Jumaat.

Orang ramai mula membanjiri stadium seawal pukul 3 petang turut membuktikan Umno bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum tidak lama lagi.

Pada pukul 6 petang, stadium yang dapat menampung kapasiti 60, 000 orang telah penuh dan ramai penyokong yang terpaksa berdiri.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan menyampaikan amanatnya pada pukul 9 malam.

Pada tahun ini sambutan ulang tahun Umno ternyata berbeza kerana ia diadakan di stadium selama tiga hari dengan pelbagai aktiviti telah disusun hingga Ahad ini.

Pasti ada yang melihatnya sebagai perjumpaan politik, sambutan ulang tahun kali ini cukup meriah apabila ia diserikan dengan tiupan trumpet dan nyanyian lagu-lagu patriotik.

Bukan itu sahaja, ketika ketibaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah penyokong turut bersorak menyambut kedatangan beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan