Prinsip Demokrasi Sebenarnya Tidak Diamalkan Pembangkang - PM

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pembangkang telah tidak mengamalkan prinsip demokrasi seperti yang dilaung-laungkan oleh mereka selama ini tetapi memilih untuk menuding jari kepada pihak lain.

Najib, yang juga Presiden Umno berkata sikap pembangkang yang suka memperlekehkan dan menghina Umno serta menidakkan kejayaan parti itu yang telah berjasa kepada rakyat selama 66 tahun, sebenarnya menunjukkan mereka tidak mempunyai jasa kepada negara.

"Mereka boleh mengata, mengutuk kita macam-macam, boleh menggelarkan diri mereka lebih terbuka, demokratik tetapi Umno sebenarnya lebh demokratik daripada mereka.

"Ketua mereka tidak dipilih mengikut proses demokrasi, alih-alih jadi ketua umum. Cakap sikit tak boleh, tegur sikit tak boleh.

"Bila ada pemimpin mereka kata kalau buat demonstrasi jalanan tidak baik untuk negara, lebih elok himpun dalam stadium, jawatan dia dalam senator tidak disambung semula. Ada sikit pandangan berbeza, parti yang namanya parti demokratik, di mana demokrasi? Lepas tu, Umno dipersalahkan untuk segala-galanya," katanya ketika berucap pada sambutan ulang tahun ke-66 Umno, di sini malam Jumaat.

Najib berkata tindakan untuk menyalahkan Umno itu turut membabitkan insiden salah seorang pemimpin mereka yang tidak mempedulikan langsung ibu kandungnya sendiri.

"Apabila seorang pemimpin mereka tidak mempedulikan langsung ibu kandungnya sendiri, Umno dipersalahkan. Hebat betul Umno sehingga dalam bilik tidur, dalam kelambu, kita boleh tentukan.

"Banyak persoalan lain tidak berjawab. Suruh bela diri, tidak berani bersumpah. Di mana kredibiliti pemimpin. Jangan salahkan Umno, kitalah parti yang telah berjuang untuk negara kita," katanya.

Beliau juga berkata Umno bukan sebuah parti yang mabuk kuasa, sebaliknya sanggup melakukan perubahan jika masa menuntut perubahan tetapi matlamat perjuangan dikekalkan demi agama bangsa dan negara.

"Ramai yang meramalkan negara kita tidak mungkin kekal, tidak mungkin aman, jauh sekali boleh berjaya.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan