PM Garis 7 Sebab Rakyat Perlu Pilih BN - Berita Semasa | mStar

PM Garis 7 Sebab Rakyat Perlu Pilih BN

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

HIDUP UMNO....Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Umno bersorak hidup Umno selepas Najib menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat. Foto THE STAR.
HIDUP UMNO....Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin kanan Umno bersorak hidup Umno selepas Najib menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Bukit Jalil pada Jumaat. Foto THE STAR.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak pada Jumaat menggariskan tujuh sebab rakyat perlu memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Menurut beliau tujuh prinsip berkenaan perlu menjadi pertimbangan dan perbandingan rakyat bagi membuat pilihan sama ada mahu mengekalkan BN sebagai kerajaan yang memerintah ataupun sebaliknya.

"Bila kita nak buat pilihan nanti...bila sampai masanya (pilihan raya), saya nak paparkan tujuh prinsip yang boleh bantu kita buat penilaian dan pertimbangan.

"Pertamanya pertimbangkan antara BN dan pembangkang mana satu kepimpinan yang boleh dipercayai dan tepati janji.

"Keduanya pilihlah siapa antara BN dan pembangkang yang boleh tentukan esok lebih baik daripada hari ini," katanya ketika berucap pada majlis sambutan ulang tahun Umno ke 66 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Jumaat.

Selain itu Najib yang juga Presiden Umno berkata, rakyat perlu pertimbangkan pihak mana yang boleh mempertahankan rukun negara dan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya lagi rakyat juga perlu kepimpinan yang boleh menguruskan ekonomi negara dengan baik dan memastikan perpaduan dan keharmonian negara dapat dikekalkan.

Tambah Najib lagi, kerajaan yang boleh membuat perubahan dan pembaharuan secara tersusun melalui pelbagai pelan transformasi juga perlu menjadi pertimbangan utama.

"Bukan itu sahaja, rakyat juga perlu pilih pemimpin yang boleh tentukan kemakmuran negara sehingga mencapai negara maju berpendapatan tinggi," katanya ketika berucap di hadapan lebih 100,000 ahli dan penyokong Umno.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan