PM Bersarapan Dengan Empat Pengikut Twitter

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Anwaruddin Izzuddin, 15, pengikut ke-500,000 Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak, dan tiga lagi pengikut bertuah, pada Sabtu mendapat peluang yang mungkin menjelma hanya sekali dalam hidup mereka untuk bersarapan dengan Perdana Menteri.

Tiga pengikut lain ialah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy dan Mohd Azhar Hashim.

Mereka masing-masing membawa seorang tetamu untuk menikmati sarapan bersama Najib di Chawan Restaurant di Bangsar di sini.

Perdana menteri menghabiskan masa kira-kira sejam bersama tetamu beliau sambil menikmati hidangan nasi lemak, telur rebus dan teh tarik.

Beliau berbual dengan mereka tentang pelbagai perkara, daripada politik hinggalah kepada pilihan raya dan kehidupan seharian serta menandatangi autograf.

Pada pertemuan dengan pemberita kemudian, Anwaruddin berkata dia sungguh gembira apabila mendapat tahu menjadi pengikut ke-500,000 Twitter Najib.

"Tapi, apabila mendapat panggilan daripada 1Malaysia.com seminggu lepas tentang berita itu dan untuk menghadiri majlis ini, saya sangka ia hanya suatu gurauan. Saya macam tak percaya mendapat peluang untuk duduk bersarapan bersama perdana menteri," katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan