KDN Mahu Aduan, Keterangan Mengenai Bersih 3.0 Dikemukakan Kepada Panel Penasihat Bebas

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu apa juga kebimbangan, aduan dan keterangan perlu mengenai perhimpunan 28 April lepas dikemukakan terus kepada Panel Penasihat Bebas bagi membolehkan panel itu merumuskan gambaran sebenar dan menyeluruh apa yang berlaku sebelum, semasa dan selepas perhimpunan itu.

Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata cadangan berhubung perhimpunan itu yang akan dibuat oleh panel enam anggota itu, diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar, adalah keputusan bersama panel itu dan bukan berdasarkan pada keputusan secara individu.

"Saya berharap anggota panel akan diberikan semua bantuan dan galakan yang diperlukan untuk menjalankan tugas mereka, iaitu untuk memberikan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan pada perhimpunan itu, tanpa sebarang tekanan dan gangguan," katanya dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Kerajaan pada Rabu mengumumkan pelantikan anggota panel itu untuk mengumpulkan butiran dan mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur dalam perhimpunan itu.

Panel itu turut dianggotai bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.

Hishammuddin berkata pelantikan dua anggota media, seorang tokoh korporat, seorang pakar psikologi, seorang hakim yang telah bersara dan bekas Ketua Polis Negara sebagai anggota panel itu membuktikan komitmen kerajaan untuk mendedahkan kebenaran.

"Kami menyambut baik maklumat dan maklum balas yang diberikan beberapa pihak termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) (mengenai panel).

"Saya ingin menegaskan bahawa panel dianggotai enam individu berwibawa termasuk pengerusinya. Adalah mustahil untuk memuaskan hati setiap pihak, khususnya ahli politik dan mereka yang mempunyai kepentingan tertentu," katanya.

Hishammuddin berkata kritikan terhadap Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai Teoh Beng Hock dan V.K Lingam, merupakan contoh jelas mengenai walau betapa berwibawanya seseorang tokoh itu, namun tetap tidak terkecuali daripada kritikan apabila ia melibatkan isu yang dipolitikkan. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan