Indonesia Terima Penjelasan Malaysia Berhubung Dakwaan Irene - Berita Semasa | mStar

Indonesia Terima Penjelasan Malaysia Berhubung Dakwaan Irene

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SERDANG: Indonesia menerima penjelasan Malaysia berhubung dakwaan penyalahgunaan pekerja asing oleh sebuah NGO di sini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata rakan sejawatannya, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia yang ditemui beberapa hari lalu di mesyuarat menteri Asean di Kemboja, memahami keadaan ini.

"Indonesia memahami apa yang NGO lakukan. Mereka juga mempunyai NGO. Mereka faham peranan NGO dan media serta kenyataan oleh pemimpin NGO.

"Tetapi mereka juga memahami apa yang betul atau salah," katanya pada sidang media selepas perhimpunan Hari Pekerja di sini pada Sabtu.

Beliau mengulas artikel di Jakarta Post di mana Pengarah Eksekutif Tenaganita Irene Fernandez dilaporkan berkata bahawa Malaysia tidak selamat bagi pekerja Indonesia kerana tidak mempunyai rangka kerja undang-undang untuk melindungi pekerja asing.

Dr Subramaniam berkata kenyataan Irene adalah tidak bertanggungjawab dan menggesa semua NGO supaya lebih bertanggungjawab.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan