Generasi Muda Bakal Terima Faedah Besar Hasil Transformasi Kerajaan - PM

Diterbitkan: Sabtu, 12 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) menjanjikan "hari esok yang lebih baik dari hari ini" untuk semua lapisan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata kerajaan kini sedang melakukan pelbagai program transformasi yang akan menjamin masa depan yang lebih baik untuk semua rakyat termasuk golongan muda.

"Kerajaan BN amat mengambil berat golongan muda...saya yakin generasi muda tetap bersama BN dan terus menyokong kepimpinan kerajaan BN," katanya di hadapan 10,000 anak muda ketika merasmikan program 'Karnival YO! Pekan' dan Pertandingan Kemahiran Malaysia 2012 di sini, Sabtu.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Najib, yang juga Pengerusi BN, berkata kerajaan juga telah melakukan pelbagai transformasi bagi memastikan generasi akan datang terus mendapat faedah besar hasil dari perancangan berkenaan. "Apa yang penting golongan muda akan terus maju ke depan dan kita akan terus sediakan peluang-peluang pekerjaan kepada golongan belia," katanya.

Najib berkata semua agensi sama ada kerajaan atau bukan kerajaan perlulah melakukan program atau aktiviti yang dekat di hati golongan muda.

"Kalau kita buat program tapi tak connected (dampingi), ia tidak berbaloi, kita hendaklah merancang (melakukan program) apa yang dekat di hati mereka...kami dampingi golongan muda," katanya.

Pada ucapannya itu, beliau tetap yakin sekalipun terdapat segelintir golongan muda yang menyertai perhimpunan di ibu negara pada 28 April lalu mencetuskan kekecohan dan rusuhan, namun majoriti golongan muda di negara ini sebenarnya tetap menyokong kepimpinan kerajaan BN. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan