Umno ‘Warnai’ Stadium Bukit Jalil Dengan Merah

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Umno bersedia untuk menyambut ulang tahun ke-66 secara besar-besaran di Stadium Bukit Jalil di sini malam ini (Jumaat).

Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata, orang ramai boleh menjangkakan lokasi acara ‘diwarnai’ dengan warna merah kerana para hadirin diminta untuk memakai pakai warna itu pada majlis berkenaan.

Beliau menambah, sekurang-kurangnya 60,000 orang akan menyertai acara pada malam Jumaat serta 500,000 orang sepanjang sambutan yang berlangsung selama tiga hari yang melibatkan konsert, ekspo, perlawanan permainan dan juga Pesta Kerjaya Pemuda Barisan Nasional (BN).

Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam mesejnya yang dipaparkan dalam portal berita Umno pada Khamis berkata, para anggota Umno harus mempunyai semangat yang kuat untuk meneruskan perjuangan parti terutama dalam landskap politik yang tidak menentu dan mencabar ketika ini.

“Saya amat bangga dengan sumbangan Umno dan peranan yang dimainkan oleh parti dalam memajukan negara sejak 66 tahun lalu,” kata beliau.

Para pemimpin parti yang lain, termasuk timbalan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib-naib presiden turut menjangka untuk menyemarakkan lagi perpaduan.

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta Muhyiddin menghadiri majlis tahlil khas di PTWC bersempena dengan sambutan itu.

Setiausaha Eksekutif Umno, Datuk Rauf Yusof berkata, kira-kira 2,000 tetamu menyertai para pemimpin untuk menunaikan solat Maghrib dan Isyak pada malam Khamis.

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan