Umno Shah Alam Adakan Protes Di Tol Sungai Rasau

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kira-kira 200 ahli Umno bahagian Shah Alam mengadakan bantahan berhampiran tol Sungai Rasau bagi menggesa Kerajaan dan pihak berkaitan supaya memansuhkan tol berkenaan.

Mereka turut menggesa supaya tol di Batu Tiga dimansuhkan, dengan mengatakan bahawa ia memberi kesan kepada penduduk di Klang dan Shah Alam.

Timbalan Ketua Umno Shah Alam dan Penyelaras BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga, Zulkurnain Md Ruslan berkata, mereka yang menetap di Sha Alam perlu membayar tol sekiranya mahu keluar dari daerah itu.

“Saya berharap Kerajaan, bersempena dengan sambutan ulang tahun Umno ke-66 akan mempertimbangkan cadangan untuk memansuhkan kedua-dua tol,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan