Umno Perlu Banyakkan Program Untuk Tawan Hati Golongan Belia

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lebih banyak program melibatkan penyertaan belia perlu dilaksanakan bagi menarik minat golongan berkenaan menyertai Umno.

Rata-rata belia yang ditemui semasa sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini, berkata penganjuran lebih banyak program kepada belia akan membantu mereka memahami dunia politik dengan lebih jelas.

Seorang pelajar dari Shah Alam yang hanya mahu dikenali sebagai Diana, 26, berkata dia dan rakan-rakannya berminat untuk menyertai Puteri Umno namun terikat dengan jadual kuliah dan kerja.

"Kami ingin menyumbang sesuatu kepada Umno jika diberi peluang. Kalau boleh program melibatkan belia dan pemimpin serta bercirikan politik perlu diadakan supaya tidak kelihatan terlalu protokol," katanya ketika ditemui pada Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional 2012 sempena sambutan ulang tahun ke-66 Umno.

Selain itu, terdapat juga golongan belia yang memuji langkah kerajaan mengadakan program seperti Himpunan Belia dan Karnival Kerjaya yang dapat membantu belia dalam karier dan perhubungan sosial mereka. Seorang pembantu katering, Nadia Mustapha, 22, berkata walaupun beliau dan rakannya tidak berminat mengikuti dunia politik, mereka sering melibatkan diri dalam program belia seperti Kejohanan Futsal 1Malaysia. Beliau berkata golongan belia tidak sukar untuk didekati walaupun topik perbincangan berkaitan politik asalkan memberi manfaat kepada mereka.

Bagi Zaidi Abdul Rahman, 28, Umno sentiasa relevan kepada golongan muda dan parti itu akan sentiasa mendapat sokongan rakyat. "Perjuangan Umno sebagai pembela rakyat sentiasa menjadi agenda utama, justeru saya berpendapat Umno akan sentiasa mendapat sokongan rakyat," katanya.

Afifi Nizam Mohammad, 23, dari Kelantan pula berkata Umno jelas banyak membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka.

"Sebagai pemuda (belia) saya sangat menyanjungi perjuangan Umno, saya amat yakin Umno akan kekal relevan kepada rakyat Malaysia," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan