Tiupan 'Trumpet' Meriahkan Sambutan Ulang Tahun Umno Ke-66

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suasana Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, yang padat dengan puluhan ribu anggota Umno dari seluruh negara sempena sambutan ulang tahun ke-66 parti itu, dimeriahkan lagi dengan tiupan trumpet.

Trumpet pelbagai warna itu yang berharga RM5 setiap satu adalah antara tarikan pada sambutan itu, yang dibanjiri 'gelombang merah'.

Indhar Shahrir, 36, dari Johor berkata kira-kira 1,000 trumpet plastik itu sudah dijual sejak 1 tengah hari Jumaat.

"Sempena hari istimewa ini, saya ambil kesempatan menjual trumpet sebagai cara memeriahkan dan menyemarakkan lagi sambutan ini," katanya kepada Bernama.

Beliau menjangkakan jualan trumpet buatan China itu akan mencecah 10,000 unit sepanjang tiga hari sambutan ulang tahun Umno itu.

Halim Abdul Rahman, salah seorang pengunjung dari Terengganu, berkata harga trumpet itu murah berbanding harga semasa perlawanan bola sepak iaitu sekitar RM10 hingga RM20.

"Harganya sangat murah, saya beli bagi memeriahkan lagi suasana sambutan. Saya rasa teruja seolah-olah menyaksikan perlawanan akhir bola sepak dengan puluhan ribu orang memenuhi stadium hari ini," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan