Tidak Salah Sebarkan Salah Laku Dera Demi Kebaikan - Mufti Kelantan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, adalah tidak salah untuk menyebarkan maklumat dan gambar mengenai salah laku seseorang jika ia demi kebaikan dan manfaat untuk masyarakat.

Beliau yang juga anggota Majlis Fatwa Ulama Kebangsaan dan Pengerusi Majlis Fatwa Negeri Kelantan berkata namun, pendedahan maklumat itu hendaklah dilakukan mengikut kehendak Islam supaya tidak menimbulkan fitnah kepada mana-mana pihak.

"Oleh itu, tindakan seorang wanita yang merakamkan gambar episod penderaan seorang ibu terhadap anak kandungnya selama tiga bulan di Petaling Jaya, adalah dibenarkan jika ia berniat baik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Mohamad Shukri diminta mengulas kenyataan seorang wanita yang berniat untuk membongkar kejadian bayi didera oleh ibu kandungnya selama hampir tiga bulan, menjadi episod malang apabila ia disalah erti oleh sesetengah pihak yang menganggap perakam video itu tidak berhati perut.

Perakam video itu dan merupakan saksi kejadian yang ingin dikenali sebagai Shima, 32, menerima pelbagai tohmahan selepas video itu tersebar di media sosial.

Mohamad Shukri berkata, perbuatan itu bergantung kepada niat seseorang tetapi hendaklah dilakukan dengan cara betul selagi tidak menjejaskan agama dan undang-undang.

"Dalam banyak hal, matlamat tidak boleh menghalalkan cara, ada hal-hal tertentu (yang dianggap muslihat) contohnya mendamaikan dua pihak yang bergaduh boleh diterima Islam," katanya.

Ditanya mengenai hak kebebasan seseorang dalam mengambil tindakan, Mohamad Shukri berkata, kebebasan seseorang itu ada batas sempadannya sehingga tidak melanggar undang-undang dan peraturan dunia dan akhirat. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan