Parlimen Belia Tanggungjawab Gubal Undang-Undang - Ahmad Shabery

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Parlimen Belia bertanggungjawab menggubal undang-undang bagi tujuan menambah baik dan memastikan undang-undang sedia ada di negara ini selaras dengan perkembangan semasa, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata institusi itu, yang akan ditubuhkan secara rasmi pada akhir tahun ini, membawa aspirasi generasi Y iaitu golongan belia masa kini yang bakal memimpin negara pada masa depan.

Katanya tugas utama 222 anggota Parlimen Belia adalah menggubal undang-undang untuk kepentingan masa depan negara dan bukan menkalankan kerja-kerja kebajikan atau turun padang seperti wakil rakyat.

"Itu bukan urusan teras anggota Parlimen Belia," katanya pada sesi persidangan percubaan Parlimen Belia di Hotel Palace of Golden Horses di sini, Jumaat.

Beliau berkata Parlimen Belia bukan platform untuk meluahkan perasaan atau isu-isu semasa, yang boleh dilakukan di forum lain yang lebih sesuai seperti menerusi Majlis Rundingan Belia Malaysia. "Kita tidak mahu Parlimen Belia menjadi seperti acara debat di sekolah. Kita tidak mahu ada pihak kerajaan atau pembangkang. Parlimen ini bukan seperti Parlimen sedia ada yang membentuk kerajaan," katanya.

Ahmad Shabery berkata Kementerian Belia dan Sukan akan bertindak sebagai perantara di antara Parlimen Belia dan kerajaan dengan membawa usul-usul yang diputuskan sidang itu kepada kabinet.

Beliau yang tidak menolak kemungkinan, akan terdapat sedikit pengaruh politik dalam persidangan itu, menasihati bakal anggota Parlimen Belia supaya bersikap matang dan mengetahui fungsi sebenar mereka dalam institusi tersebut.

Ahmad Shabery berkata semua anggota Parlimen Belia akan dibahagikan dalam pelbagai jawatankuasa tetap seperti ekonomi, sumber manusia, alam sekitar yang akan berbincang bagi menggubal atau meminda undang-undang berkaitan bidang masing-masing.

Pemilihan anggota Parlimen Belia akan dilakukan menerusi pilihan raya secara atas talian dan rakyat Malaysia, yang berusia antara 15 dan 30 tahun, layak mengundi atau bertanding di kawasan masing-masing.

Selain itu, dewan sementara yang menjadi tempat persidangan anggota Parlimen Malaysia akan dijadikan sebagai dewan persidangan bagi institusi itu setelah kerja-kerja baik pulih Dewan Rakyat selesai kelak. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan