Majlis Peguam Lulus Resolusi Kutuk Kekerasan Polis Pada Bersih 3.0

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Majlis Peguam pada Jumaat meluluskan resolusi mengutuk kekerasan pihak polis yang didakwa melampaui batas pada Perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Seramai 939 orang yang menyokong sementara 16 lagi menentang resolusi tersebut pada satu mesyuarat agung luar biasa yang dihadiri 1,270 ahlinya.

Selain itu, antara 12 resolusi lain yang turut dikemukakan adalah meminta Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara meminta maaf kepada rakyat atas keganasan yang dilakukan oleh pihak polis.

Pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee memberitahu bahawa kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini sangat memberangsangkan mengatasi mesyuarat agung tahunan yang diadakan Mac lalu.

"Majlis Peguam terkejut dengan kehadiran yang begitu memberangsangkan.

"Ini menunjukkan keseriusan peguam-peguam negara ini mengenai apa yang berlaku pada Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, Jumaat.

Sementara itu, pengguna laman sosial Twitter, turut memberikan reaksi yang positif terhadap resolusi mengutuk kekerasan polis pada Bersih 3.0 yang diluluskan oleh Majlis Peguam dalam mesyuarat agung luar biasa yang diadakan.

Peguam Faisal Moideen (@macfaisal) menulis di twitternya, dia gelar sebagai proksi Barisan Nasional hanya kerana dia membela mereka.

"Tidak apa, saya akan terus bercakap sekiranya saya fikir Majlis Peguam tidak adil. Saya juga diganggu oleh peguam yang sengaja melemparkan kata-kata yang tidak elok.

"Isu yang sepatutnya dibincangkan adalah apa yang terjadi ketika Bersih. Terlalu banyak ketidakadilan yang berlaku ketika Himpunan Bersih. Bukan sahaja keganasan pihak polis," tulisnya.

Sementara itu, twitter Ivanpal Grewal (@ivanpal) pula melabelkan resolusi yang diluluskan dengan 939 menyokong sementara 16 menentang hanyalah kerana kasihan.

"Saya tidak terlalu teruja menyertai Majlis Peguam pada ketika ini. Kami hanya berpihak kerana keganasan yang berlaku ke atas wartawan itu yang paling dikesalkan.

"Kehilangan nilai moral membuat peguam tidak boleh membuat penilaian," katanya yang juga seorang peguam pelatih.

Bagaimanapun, resolusi berkenaan turut disokong oleh beberapa pihak.

"Syabas!" puji Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar (@n_izzah).

Sementara peguam, Edmund Bon (@edmundbon) pula berkata beliau sangat bangga dengan keputusan Majlis Peguam.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan