LHDN Terima 1.9 Juta Borang Melalui E-Filing

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah menerima kira-kira 1.896 juta borang melalui kaedah e-filing sehingga pukul 4.00 petang hari ini, iaitu peningkatan 8.07 peratus berbanding penerimaan 1.754 juta Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dalam tempoh yang sama pada tahun lepas.

"LHDNM percaya angka ini akan bertambah menjelang berakhirnya Tempoh Tangguh yang ditawarkan pada 15 Mei nanti," kata LHDNM dalam satu kenyataan pada Jumaat.

LHDNM berkata Tempoh Tangguh yang diperkenalkan pada tahun ini kepada pembayar cukai untuk menghantar BNCP melalui e-filing adalah satu langkah untuk menggalakkan peralihan dari sistem manual yang menggunakan borang kertas kepada sistem dalam talian.

Justeru itu, LHDNM menyeru pembayar cukai yang masih belum menghantar borang BE mereka agar menggunakan sistem e-filing sebelum Tempoh Tangguh berakhir. -BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan