Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sasar Lima Peratus Anggota Wanita

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mensasarkan untuk mempunyai lima peratus anggota wanita menjelang tahun depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, sehingga kini lebih 400 daripada 13,000 anggotanya terdiri daripada wanita.

"Kira-kira tiga peratus anggota bomba yang ada sekarang ini adalah wanita dan jumlah itu akan bertambah sehingga lima peratus berikutan permintaan yang tinggi daripada golongan wanita untuk menyertai pasukan bomba," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Perkhemahan Kadet Bomba Kebangsaan ke-23 di sini, Jumaat.

Beliau berkata, walaupun pasukan itu memberi keutamaan kepada golonga lelaki, keanggotaan kaum wanita juga diperlukan kerana ada beberapa tugas seperti di Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS) yang memerlukan lebih ramai wanita.

Perkhemahan yang disertai lebih 1,000 pelajar sekolah dari seluruh Malaysia itu diadakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pelajaran Malaysia Pulau Pinang di sini.

Wan Mohd Nor berkata, program itu merupakan satu kokurikulum yang membantu menyebarkan pengetahuan kebombaan dan membentuk disiplin yang tinggi di kalangan pelajar sekolah.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dijalankan sepanjang perkhemahan itu ialah aktiviti berunsurkan aspek fizikal dan kerohanian bertujuan menerapkan elemen-elemen positif.

Sementara itu, kontijen Selangor dipilih sebagai johan keseluruhan selepas memenangi empat kategori iaitu ikhtiar hidup, aspek cabaran kategori lelaki, 'brain and brawn' kategori wanita dan khemah terbaik lelaki. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan