Cuepacs Harap PM Jelaskan Status Suruhanjaya Khas Semak Gaji Penjawat Awam

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dapat segera menjelaskan status penubuhan Suruhanjaya Khas bagi menyemak gaji penjawat awam.

Presidennya Datuk Omar Osman berkata Cuepacs masih menantikan pelantikan anggota Suruhanjaya Khas itu, yang ditubuhkan selepas Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan pada 8 Mac lepas. "Sempena sambutan Hari Pekerja 2012 di Taman Pameran Pertanian Malaysia di Serdang esok, Cuepacs berharap mendapat perkhabaran gembira daripada Perdana Menteri mengenai perkara itu. "Ini kerana penjawat awam dari kira-kira 23 agensi kerajaan yang berkaitan mula tertanya-tanya mengenai perkara tersebut termasuk soal gaji sektor masing-masing," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti IPTA Malaysia (GAKUM) di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini, hari ini.

Penubuhan suruhanjaya khas itu diumumkan Najib pada perjumpaan khas dengan penjawat awam di Putrajaya pada 8 Mac lepas dan beliau turut mengumumkan pelaksanaan semula Skim Saraan Malaysia (SSM) selepas pembatalan SBPA.

Dalam pada itu, Omar meminta penjawat awam melakukan transformasi minda selaras dengan pertukaran jawatan dan kenaikan gred gaji.

"Sebagai contoh, jawatan pembantu makmal di universiti awam kini ditukar nama kepada penolong pegawai sains selain menikmati kenaikan gaji. Oleh itu, mereka harus memberi komitmen yang tinggi dengan bekerja lebih gigih," katanya.

Pertukaran nama jawatan dan kenaikan gred gaji itu telah pun dilaksanakan di lima universiti awam termasuk Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Mara dan Universiti Sains Malaysia. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan