Umno Komited Perjuang Hak Seluruh Rakyat Malaysia - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Umno komited dalam perjuangan meningkatkan kualiti hidup dan hak seluruh rakyat Malaysia dan bukan hanya memperjuangkan hak orang Melayu semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata selama 66 tahun Umno menerajui pemerintahan negara, parti itu tidak pernah sekalipun melakukan dasar mahupun pelan transformasi yang hanya memihak dan menguntungkan orang Melayu sahaja.

"Memang teras perjuangan Umno adalah bagi memperkasakan dan mendaulatkan hak orang Melayu, tetapi jika kita lihat dari dulu hingga kini tidak ada satu pun yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk sebuah kaum sahaja, dan jika ada mengapakah kerajaan kini beriya-iya mempromosikan identiti dan budaya 1Malaysia?

"Kedai rakyat 1Malaysia (KR1M), Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan banyak lagi dasar dan juga pemberian kerajaan kepada rakyat untuk mengurangkan beban tidak hanya menfokuskan kepada orang Melayu sahaja, maka saya anggap Umno sehinggi kini telah terlalu banyak membantu dan menjaga kebajikan rakyat di negara ini keseluruhannya," katanya dalam program 'Soal Jawab' terbitan TV3 malam Rabu.

Program wawancara itu dipengerusikan oleh Datuk Johan Jaafar, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad. Turut menjadi panel tamu pada program yang membincangkan hala tuju Umno sempena ulang tahun ke-66 penubuhan parti itu ialah bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.

Ditanya perbezaan Umno pada tahun 2008 dan pada masa sekarang bagi menghadapi pilihan raya umum, Ahmad Maslan berkata kekuatan Umno pada kali ini berada ditahap optimum yang mana ia juga melibatkan peringkat akar umbi.

"2008 dahulu kita dilanda 'tsunami' ekoran lima negeri kita kalah dan terpaksa diserahkan kepada pembangkang tetapi kini atas komitmen dan gerak kerja yang saya lihat Presiden Umno yang juga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lakukan tidak mustahil kita mampu peroleh apa yang kita rancang untuk pilihan raya akan datang nanti.

"Umno juga semakin matang dan ia boleh dilihat sendiri apabila presiden sendiri memohon maaf kepada anggota parti atas kesilapan dan kekhilafan pimpinan lalu yang menyebabkan kita tidak memperoleh kemenangan yang 'total' semasa 2008," katanya.

Kepada pertanyaan Azman mengenai kemampuan undi Umno daripada kaum lain berbanding undi orang Melayu sahaja, Ahmad Maslan berkata kenyataan itu tidak boleh diterima seratus peratus walaupun ada benarnya.

"Umno di bawah tunjang Barisan Nasiolan (BN) bersama 12 parti kompenan yang lain sebenarnya berkemampuan untuk menarik undi pelbagai kaum termasuklah di Sabah dan Sarawak.

"Di BN kami sentiasa bekerjasama sesama parti kompenan yang lain dalam menarik undi, dan dalam konteks ini tidak wajar hanya menggunakan Umno sahaja sebagai penarik undi orang Melayu sebaliknya BN yang patut digunakan yang mana ia bertindak sebagai peraih undi Melayu, Cina, India, Sabah dan Sarawak," katanya.

Azman berkata kematangan Umno juga dilihat semakin meningkat terutamanya berjaya memperbaiki salah satu faktor kekalahan parti itu di lima negari pada 2008.

"Faktor 'sosial network' yang menjadi duri dalam daging kepada Umno dilihat sudah tidak menjadi ancaman lagi ekoran ramai dalam kalangan pemimpin telah mula sedar akan pentingnya untuk menggunakan laman sosial untuk mendekati rakyat.

"Cuma apa yang saya lihat sekarang Umno perlu lebih berusaha dalam mendekati golongan muda yang mana mereka ini golongan pengundi di atas pagar bagi pilihan raya akan datang," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan