Tun Haniff Dipersoal Ketuai Panel Siasat Bersih 3.0

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelantikan Tun Haniff Omar untuk mengetuai Panel Penasihat Bebas bagi menyiasat insiden keganasan semasa perhimpunan Bersih 3.0 baru-baru ini mendapat tentangan pembangkang yang mempertikaikan mengenai kredibiliti bekas Ketua Polis Negara itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelantikan Haniff mengetuai panel tersebut dikhuatiri gagal mencari gambaran sebenar secara menyeluruh di sebalik pelbagai hujah dan dakwaan oleh banyak pihak mengenai kejadian 28 April lalu.

Menurut beliau latar belakang Haniff sebagai bekas Ketua Polis Negara boleh mempengaruhi hasil siasatan kerana pertikaian yang dibangkitkan turut membabitkan institusi keselamatan yang pernah diketuainya sebelum ini.

"Kami tidak melihat berdasarkan isu peribadi beliau. Tapi yang dipertikaikan ialah mengenai latar belakang beliau sebagai bekas Ketua Polis Negara.

"Perkara ini pastinya menimbulkan kegusaran di kalangan rakyat yang mengharapkan satu siasatan yang telus dapat dikendalikan seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.

Selain Haniff, turut menganggotai panel itu ialah bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Husammuddin Yaacub; Penasihat Undang-Undang Sin Chiew, Liew Peng Chuen; Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah; dan pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Ruszmi Ismail.

Penubuhan panel tersebut merupakan tambahan kepada proses siasatan yang dijalankan pihak polis terhadap perhimpunan Bersih 3.0 yang mencetuskan keganasan supaya dapat memberi kepuasan kepada semua pihak.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, Haniff juga dilihat berat sebelah kerana beliau sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan yang mendakwa rusuhan yang berlaku ketika Bersih 3.0 mungkin dicetuskan oleh individu yang pernah menyokong parti dan ideologi komunis pada era 70-an.

"Awal-awal lagi beliau sudah mengeluarkan kenyataan yang berat sebelah termasuk mendakwa sesetengah penyokong Bersih 3.0 mempunyai niat untik menanam perasaan benci rakyat kepada polis.

"Jadi kami khuatir siasatan panel ini akan menyebelahi satu pihak sahaja tanpa memberi maklumat dan gambaran yang jelas kepada rakyat," katanya.

Sementara itu Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar berkata kredibili panel bebas berkenaan juga dilihat tercalar apabila kerajaan meminggirkan penglibatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

"Tindakan kerajaan meminggirkan peranan Suhakam yang sudah menyiapkan rekomendasi mengenai insiden Bersih 2.0pada Julai tahun lalu menyahkan kredibiliti panel.

"Ia juga satu tindakan yang tidak boleh diterima serta memalukan proses timbang tara," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan