Tindakan Mahasiswa Malaysia Sertai Bersih Di Mekah Jejas Masa Depan Mereka - Razali

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penglibatan mahasiswa Malaysia tajaan kerajaan Arab Saudi dalam demonstrasi Bersih 3.0 di beberapa masjid di Mekah dan Madinah baru-baru ini akan menjejaskan masa depan mereka jika negara itu bertindak menghantar pulang atau menarik semula biasiswa.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim berkata mahasiswa berkenaan sepatutnya menghargai peluang itu kerana sepanjang 10 tahun, bermula 2002 sehingga kini, hanya kira-kira 200 penuntut Malaysia yang ditaja sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi.

"Kerajaan Arab Saudi bawa ke sana suruh belajar. Mereka buat demonstrasi pula. Kalaulah mereka ini dihantar balik dan ditarik balik biasiswa, itu salah kerajaan jugak ke? Barisan Nasional (BN) juga salah ke? Umno jugak salah ke? Pemimpin dia akan cakap Umno yang salah. Tetapi mahasiswapun boleh fikir yang kita tiada kuasa langsung di luar," katanya.

Beliau berkata penganjur Bersih atau pemimpin parti pembangkang tidak mungkin akan membantu mahasiswa terbabit jika mereka dikenakan tindakan.

Razali berkata demikian selepas merasmikan Seminar Keamanan Untuk Negara: Suara Mahasiswa 1Malaysia anjuran Kumpulan Rakan Siswa Malaysia (Karisma) yang menggabungkan 18 universiti di seluruh negara di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di sini Khamis.

"Saya nak lihat apa reaksi mereka terhadap nasib pelajar ini. Saya tak nak sebut mengenai kuota tunai haji, hubungan. Saya nak sebut pasal pelajar, anak muda negara yang patut kita persiapkan kepada perkara yang baik, tapi akhirnya dikorbankan atas kepentingan peribadi," katanya.

Razali berkata mahasiswa sebagai bakal pelapis pemimpin negara pada masa depan tidak seharusnya menjadi kuda tunggangan mana-mana pihak di negara ini.

Bagaimanapun, beliau berkata BN sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab akan cuba merayu kepada kerajaan Arab Saudi terhadap apa juga keputusan yang dibuat mereka berhubung demonstrasi melibatkan penuntut Malaysia.

Sementara itu, selepas seminar berakhir, peserta yang terdiri daripada 1,000 mahasiswa turut berhimpun di dataran JPA bagi menyerahkan Deklarasi Aman untuk disampaikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Karisma diwakili Pengerusi Penyelarasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi dan deklarasi itu diserahkan kepada Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Mohamed Suffian Awang.

Deklarasi itu mengemukakan lima perkara, antaranya menyokong kepimpinan Najib, menolak segala bentuk kekacauan, provokasi dan demonstrasi yang menggugat keamanan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan