PSC Puas Hati Dengan Taklimat Lynas

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai projek Lynas Advanced Materials Plant pada Khamis berpuas hati dengan penjelasan syarikat berhubung tahap keselamatan kilang memproses nadir bumi itu.

Pengerusi PSC Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata taklimat yang disampaikan oleh pakar itu menjelaskan kilang tersebut dilengkapi kemudahan tercanggih sekali gus memastikan keselamatannya.

"...mereka memberikan kesemua fakta dan penerangan yang kita mahukan tanpa keraguan," katanya selepas mengetuai delegasi PSC melawat kilang tersebut, di sini Khamis.

Beliau berkata lawatan itu juga mendapati dakwaan kilang tersebut dibina di dalam kawasan penempatan adalah tidak benar, sebaliknya terletak kira-kira enam kilometer dari kawasan penempatan terdekat.

"...saya diberitahu pihak Lynas membuka pintunya kepada mana-mana pihak sekalipun untuk melawat atau bertanyakan soalan mengenai operasi kilang mereka ini, tetapi janganla pula pihak yang nak datang itu kenakan syarat yang bukan-bukan," kata Mohamed Khaled yang juga Menteri Pengajian Tinggi.

Lawatan selama tiga jam itu turut disertai enam anggota PSC lain termasuk Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin dan Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahalan.

Usul penubuhan PSC itu diluluskan Dewan Rakyat pada Mac lepas, bertujuan meneliti piawaian keselamatan dan isu lain yang menarik perhatian ramai.

Jawatankuasa tersebut yang diberi masa tiga bulan untuk melaksanakan tugasnya bagaimanapun tidak mempunyai wakil pembangkang yang menolak tawaran menyertainya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan