Petugas SPR Tidak Akan Pakai Baju Kuning Semasa Pilihan Raya Umum - Berita Semasa | mStar

Petugas SPR Tidak Akan Pakai Baju Kuning Semasa Pilihan Raya Umum

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak akan memakai pakaian berwarna kuning pada pilihan raya umum walaupun ia menjadi warna korporat mereka kerana tidak mahu dikaitkan dengan Bersih.

Timbalan Pesuruhjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, adalah perkara biasa bagi kakitangan SPR di tempat mengundi memakai kemeja-T berwarna kuning.

"Kuning adalah warna korporat kami dan SPR dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

"Tetapi kelihatan seperti kita perlu memilih warna lain sekarang kerana Bersih telah menggunakan kuning.

"Kami akan memilih warna yang bebas daripada mana-mana parti untuk baju-T. Yang selebihnya tetap sama," katanya semasa sesi dialog pada majlis makan tengah ceramah bertajuk 'Bersih 3.0: Mahu Apa Lagi?'

Beliau ditanya sama ada SPR akan berhenti menggunakan warna kuning semasa pilihan raya kerana warna itu telah dikaitkan dengan Bersih.

Wan Ahmad juga berkata bahawa mereka telah mengenal pasti enam pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menjadi pemerhati domestik untuk pilihan raya umum.

Beliau berkata suruhanjaya itu akan mengadakan mesyuarat pertama dengan NGO non-partisan minggu depan.

Pemerhati antarabangsa juga akan dijemput untuk memantau pilihan raya, katanya.

Wan Ahmad mendakwa Bersih mempunyai agenda politik dan tidak ikhlas inginkan pembaharuan.

Beliau berkata suruhanjaya itu telah membuka ruang untuk perbincangan tetapi kumpulan-kumpulan tertentu telah mengabaikan saluran itu.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Wan Ahmad berkata suruhanjaya itu telah bersedia 80 peratus untuk pilihan raya dan kini memberi tumpuan kepada taklimat dan persediaan parti-parti politik.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan