Penyedia Penjagaan Kesihatan Digesa Sedia Perkhidmatan Berkualiti

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan meminta penyedia penjagaan kesihatan swasta berusaha mencapai taraf antarabangsa selain sentiasa menyediakan perkhidmatan berkualiti.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mereka boleh berbuat demikian dengan mencapai akreditasi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa terutama daripada Persatuan Kualiti Kesihatan Malaysia (MSQH) dan Suruhanjaya Bersama Antarabangsa (JCI).

"Ini bagi memastikan pesakit dan orang tersayang mendapat keyakinan serta ketenangan fikiran melalui kualiti dan standard perkhidmatan yang disediakan," katanya ketika melancarkan Pusat Perubatan Beverly Wilshire dan Pusat Pakar Pergigian di sini malam Khamis.

Liow berkata terdapat keperluan untuk pemasaran dan promosi lebih agresif bagi membantu pembangunan industri pelancongan kesihatan dengan menjadikan hospital swasta lebih berorientasikan eksport.

Beliau berkata penyertaan organisasi penjagaan kesihatan dalam program pelancongan kesihatan memerlukan mereka sentiasa menaik taraf peralatan dan kemudahan agar selaras dengan teknologi perubatan yang sentiasa berubah.

Liow juga berkata ramai warga asing mengakui industri penjagaan kesihatan di Malaysia adalah berkualiti dan kira-kira 100,209 orang berkunjung ke negara ini bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut antara Januari dan Mac lepas.

Beliau berkata pada tahun lepas sahaja, jumlah pelancong yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan di negara ini ialah 583,296 orang dan menjana pendapatan berjumlah RM511.2 juta.

"Sehubungan itu, kita perlu memastikan kualiti serta profil industi penjagaan kesihatan Malaysia berada di tahap yang tinggi, bahkan jika boleh, mengatasinya."

"Kuncinya ialah dengan memastikan sistem penjagaan kesihatan di negara ini terus dikawal selia oleh penguatkuasaan dan garis panduan yang ketat agar hanya pengusaha yang benar-benar berkualiti serta berlesen boleh memberi perkhidmatan kepada orang ramai," katanya.

Terletak di Jalan Tun Razak, Pusat Perubatan Beverly Wilshire adalah pusat sehenti bagi kemudahan perubatan kecantikan yang menyediakan, antara lain, rawatan estetika atau bukan pembedahan serta pembedahan kosmetik. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan