Kelab Anwar Ibrahim Pertikai Ketua Panel Bebas, Tiada Wakil Suhakam

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kelab Anwar Ibrahim (AIC) mempertikaikan pelantikan bekas ketua polis negara, Tun Hanif Omar mengetuai enam anggota Panel Penasihat Bebas sambil melihat keputusan kerajaan itu tidak diwakili oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Presidennya, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, adalah malang apabila Suhakam tidak dipertanggungjawabkan mengetuai siasatan menerusi panel bebas untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

“Atau, sekurang-kurangnya tiada seorang pun wakil Suhakam yang dijemput bagi menganggotai Panel Penasihat yang dibentuk ini.

"AIC mempersoalkan tentang kebebasan yang dimiliki oleh Panel Penasihat tersebut memandangkan majoriti daripada anggotanya adalah masih atau pernah berkhidmat dengan kerajaan dan juga mewakili kepentingan-kepentingan korporat yang mereka ketuai," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Saifuddin berkata, AIC melihat perkara itu lebih kepada membolehkan status quo keadaan pada 28 April lepas memihak dan memberi kelebihan persepsi terhadap mereka (kerajaan).

Selain Hanif, Panel Penasihat Bebas itu turut disertai oleh bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan akhbar Sinar Harian, Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan akhbar Sin Chiew, Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Ruszmi Ismail.

Saifuddin turut mendakwa, tindakan kerajaan menolak sebarang wakil pemerhati dan siasatan daripada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) merupakan satu langkah yang terdesak, seolah-olah tidak mempercayai sebuah badan dunia yang Malaysia sendiri menyertainya sebagai anggota.

“AIC juga mempertikaikan pemilihan Tun Hanif Omar yang sebelum ini begitu lantang mengkritik penganjur dan ratusan ribu rakyat yang menyertai Bersih 3.0.

“(Ianya) satu sikap prejudis yang dipercayai bertujuan untuk menimbulkan rasa sangsi terhadap keganasan oleh polis terhadap rakyat seperti yang dilaporkan berlaku pada Bersih 3.0,” katanya.

Beliau menambah, AIC mencabar kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri untuk berlaku adil dan benar-benar telus bagi mendapatkan gambar sebenar tentang kejadian yang berlaku pada 28 April lalu.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan