Jumlah Kuota Haji Diketahui Julai Ini - Jamil Khir

Diterbitkan: Khamis, 10 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai jumlah kuota haji untuk jemaah Malaysia, sama ada dikekalkan atau dikurangkan berikutan perhimpunan haram Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah pada 26 April lepas, akan diketahui pada Julai depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Khamis berkata kerajaan Malaysia sebenarnya bimbang perhimpunan haram itu mungkin memberi kesan kepada pemberian kuota haji untuk negara.

"Lebih membimbangkan bila musim umrah sekarang... kemungkinan pelbagai pendekatan (pihak berkuasa Arab Saudi) digunakan seperti 100 peratus pemeriksaan terhadap jemaah kerana bimbang adanya kain rentang, poster.

"Ini semua membawa kepayahan (kepada jemaah)," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Biasiswa Tabung Haji di Bangunan Tabung Haji di sini, Khamis.

Jamil Khir berkata Kedutaan Arab Saudi di Malaysia telah menghantar nota diplomatik kepada Kementerian Luar baru-baru ini yang meminta Malaysia mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan rakyat negara ini tidak terlibat dalam sebarang demonstrasi atau perhimpunan haram di kedua-dua kota suci umat Islam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata Kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden itu.

Perkara itu dinyatakan Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Fahad A. H. Al-Rashid dalam perjumpaan mereka pada Jumaat lepas berhubung perkara itu.

Pada masa ini, kuota rasmi umat Islam Malaysia menunaikan haji ialah 26,000 jemaah.

Ketika ditanya sama ada terdapat visa jemaah Malaysia ditolak berikutan perhimpunan haram itu, Jamil Khir berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenainya dan visa dikeluarkan oleh Kedutaan Arab Saudi, bukannya Tabung Haji.

"Tugas Tabung Haji adalah bagi menguruskan pelaksanaan haji dan umrah kepada jemaah Malaysia selain mewujudkan hubungan kerajaan kepada kerajaan serta agensi dan kementerian terbabit," katanya.

Sebuah blog baru-baru ini mendakwa pihak Arab Saudi telah menangguhkan pengeluaran visa kepada rakyat Malaysia untuk menunaikan ibadah umrah berikutan demonstrasi di Masjid Nabawi di Madinah.

Terdahulu, Jamil Khir menyampaikan biasiswa kepada 15 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang merupakan anak-anak petugas Tabung Haji.

Sebanyak RM5 juta diperuntukkan untuk skim biasiswa berkenaan sejak 2010 bagi membantu pelajar membiayai kos pembelajaran dan sara hidup.

"Biasiswa ini diberikan kepada pelajar yang mencatatkan keputusan sekurang-kurangya 8A dalam peperiksaan dan mereka kemudian melalui sistem saringan temu duga sebelum dipilih," katanya.

Terdahulu, Jamil Khir menerima kunjungan hormat Duta Besar Uruguay ke Malaysia yang baharu, Gerardo Prato, di pejabatnya di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan