Polis Beri Seminggu Suspek Bersih 3.0 Serah Diri

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis memberikan tempoh selama seminggu kepada semua individu yang disyaki terlibat dalam perhimpunan Bersih 3.0 hingga menimbulkan huru hara di ibu negara 28 April lalu untuk menyerah diri bagi membantu siasatan sebelum tindakan memburu rumah ke rumah dilakukan.

Kesemua gambar suspek sudah disiarkan di dalam akhbar sebelum ini.

"Jika mereka gagal menyerah diri, polis akan mulakan buruan dari rumah ke rumah," kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin di sini, Rabu.

Sebelum ini polis menyiarkan 110 gambar individu yang dikehendaki dalam siasatan berkenaan.

Orang ramai diminta tampil menyalurkan maklumat berhubung kesemua individu itu kepada polis atau berhubung terus kepada ASP Azmi Aziz di nombor 019-2602 344 atau 019-3872 344 atau email kepada azmiaziz@rmp.gov.my.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan