Pengerusi SPR Bukan Lagi Ahli Umno - Nazri

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bukan lagi ahli Umno seperti yang didakwa oleh pembangkang.

Beliau bagaimanapun berkata, Abdul Aziz pernah didaftarkan sebagai ahli Umno kira-kira 30 tahun yang lalu di Bahagian Ampang.

"Pengerusi SPR sudah mengesahkan bahawa beliau bukan lagi ahli Umno. Beliau sendiri sudah pastikan mengenai perkara berkenaan.

"Namun beliau sebelum ini didaftarkan sebagai ahli Umno di Ampang kira-kira 30 tahun lalu. Ada ahli Umno di sana pada ketika itu daftarkan beliau. Malah kemungkinan yuran keahliannya pun dibayar oleh ahli-ahli lain di situ," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Rabu.

Sebelum ini Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan bahawa Abdul Aziz dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar masih lagi menjadi ahli Umno.

Saifuddin mendakwa, Abdul Aziz merupakan ahli Umno cawangan Sri Ampang Baru dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bagi Parlimen Ampang, Selangor.

Manakala Wan Ahmad pula berdaftar di cawangan Kubang Bunggor dalam DUN Chetok bagi Parlimen Pasir Mas, Kelantan dengan no.keahlian 2374564.

Bagaimanapun Wan Ahmad menafikan dakwaan tersebut kerana individu yang dimaksudkan Setiausaha Agung PKR itu sebenarnya ialah seorang ahli Umno yang memiliki persamaan nama dengan beliau.

Orang berkenaan ialah Wan Ahmad Wan Omar, pemegang MyKad bernombor 490101-03-5179 (Kad Pengenalan lama: 2756290), No Keahlian UMNO 2374564, cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan