Jalan Di Sekitar Stadium Bukit Jalil Akan Alami Kesesakan Jumaat Hingga Ahad - Berita Semasa | mStar

Jalan Di Sekitar Stadium Bukit Jalil Akan Alami Kesesakan Jumaat Hingga Ahad

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar Stadium Bukit Jalil akan mengalami kesesakan berikutan sambutan ulang tahun Umno ke-66 yang akan berlangsung dari Jumaat hingga Ahad ini.

Sehubungan itu, Polis Trafik Kuala Lumpur dalam satu kenyataan menasihatkan orang ramai supaya menggunakan jalan alternatif sepanjang sambutan itu berlangsung bagi mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Jalan-jalan yang terlibat ialah persimpangan Sukom (Carefour Sri Petaling), Jalan Merah Cagar, Jalan Barat, Persimpangan Awan Kecil, Jalan Stadium Putra, Lebuhraya Bukit Jalil (Puchong Link) susur Bulatan Lumba Kuda dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dan sebahagian Lebuhraya Maju Express.

Polis akan menutup jalan atau membuat lencongan bergantung kepada keadaan semasa manakala parkir di Stadium Bukit Jalil akan diguna sepenuhnya manakala parkir di Taman Teknologi Malaysia dan Kelab Lumba Kuda akan digunakan untuk bas, kata kenyataan itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan