Dr Zainal Abidin Dilantik Presiden & Ketua Eksekutif Sirim Baru

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Dr Zainal Abidin Mohd Yusof dilantik sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Berhad yang baru untuk tempoh tiga tahun berkuatkuasa 1 Februari lepas.

Menurut kenyataan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di sini Rabu, Zainal, 55, sebelum ini memangku jawatan berkenaan sejak Ogos 2011 berikutan kematian Allahyarham Datuk Ir Yahaya Ahmad.

Dr Zainal adalah seorang pakar bioteknologi dan Naib Presiden Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Teknologi Sirim.

Anak kelahiran Jelebu, Negeri Sembilan itu berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Mikrobiologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia selain memiliki ijazah dalam bidang yang sama daripada Lousiana State University, Amerika Syarikat.

Kariernya bermula pada 1981 sebagai pegawai penyelidik dan pernah menyandang jawatan sebagai Pengurus Besar Kanan Pusat Teknologi Alam Sekitar dan Bioproses.

Beliau pernah menghasilkan lebih 30 penerbitan yang berkaitan penyelidikannya selain menerima anugerah perkhidmatan cemerlang sebanyak dua kali pada 1985 dan 1996. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan