Dakwaan Masih Ahli Umno, MB Selangor Kata Tak Tahu

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Rabu menafikan dakwaan bahawa beliau masih merupakan ahli Umno di Pasir Tuntung seperti yang ditulis oleh sebuah blog, sahabatgunung.com baru-baru ini.

Sebaliknya beliau menegaskan perkara itu berlaku mungkin disebabkan, Umno tidak mengemaskini keahlian di kawasan terbabit.

"Saya tidak tahu saya masih ahli. Pasir Tuntung itu alamat rumah mak saya. Boleh jadi Umno tidak kemaskini.

"Sepatutnya macam Keadilan (PKR), jika orang itu tukar (parti) maka mereka batalkan keahlian," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Dalam perkembangan lain, mengenai teguran Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu air di negeri itu, kerajaan negeri kata Khalid akan mendesak agar kerajaan persekutuan segera melaksanakan pengstrukturan semula industri pembekalan air.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri turut berharap agar Menteri Tenaga,Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui tidak berdolak dalih dan menggunakan kuasa untuk memastikan syarikat konsensi memberi persetujuan.

Jelasnya, pengstrukturan itu diperuntukkan di bawah Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA) yang membolehkan kerajaan negeri mengambilalih pengurusan air.

"Kita amat hargai pandangan Sultan Selangor yang mengambil berat perkembangan yang berlaku di negeri ini dan setiap teguran oleh baginda akan dijadikan panduan untuk meningkatkan keberkesanan urus tadbir negeri.

"Maka kita mendesak kerajaan persekutuan mengambil teguran Sultan dan laksanakan pengstrukturan semula ini," katanya.

Pada Selasa, baginda bertitah supaya isu air di negeri itu tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri.

Sebelum ini, kerajaan negeri menawarkan penyelesaian arbitrasi antarabangsa untuk memberi keadilan kepada semua pihak dan sepatutnya syarikat konsesi tidak mempunyai masalah untuk terima tawaran kerana ia adalah tawaran yang munasabah, kata menteri besar lagi.

Dalam pada itu, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar pula berkata kerajaan negeri turut memperuntukkan perbelanjaan sehingga RM 5 juta bagi mengatasi masalah banjir.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan