70 Peratus Perumahan Baru Mungkin Tidak Dapat Dilaksana Akibat Krisis Air - Noh

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kira-kira 70 peratus projek perumahan baru di Selangor dikhuatiri tidak dapat dilaksanakan akibat krisis bekalan air di negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata keadaan itu akan menimbulkan masalah kepada rakyat di samping merugikan negeri itu.

"Bila air tiada, projek perumahan baru tidak dapat dibuat kerana jika nak buat rumah baru, kena ada air. Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) hanya bekalkan air dan bukan loji air," katanya pada sidang akhbar di sini Rabu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam yang mengingatkan kerajaan Selangor supaya tidak mempolitikkan isu air demi kepentingan rakyat dan pembangunan negeri itu.

Noh yang menyokong saranan Sultan Selangor itu, berkata tindakan mempolitikkan isu air akan menyebabkan negeri Selangor rugi dan tidak dapat membangun seperti dirancang.

Akibat keengganan kerajaan negeri memberi persetujuan kepada projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2, Noh berkata sebanyak 129 projek pekilangan yang menawarkan lebih 12,000 peluang pekerjaan di Selangor juga mungkin tidak dapat dilaksanakan.

"Kerana bekalan air tidak mencukupi, kilang-kilang itu tidak dapat memulakan pembinaannya. Maka kerajaan negeri rugi pelaburan sebanyak RM3.8 bilion," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan