500,000 Dijangka Hadiri Sambutan Ulang Tahun Ke-66 Umno

Diterbitkan: Rabu, 9 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500,000 orang dijangka menghadiri sambutan ulang tahun ke-66 Umno di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai Jumaat hingga Ahad ini.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata acara kemuncak ialah perhimpunan raksasa anggota parti selain pelbagai aktiviti, termasuk sambutan Hari Ibu dan kejohanan futsal.

Beliau berkata persiapan sambutan itu sudah 80 peratus siap dan yakin ia akan berjalan lancar mengikut perancangan.

"Raptai malam ini adalah untuk acara yang akan diadakan pada Jumaat ini, dan saya yakin semuanya akan berjalan lancar pada sambutan itu," katanya ketika ditemui pada raptai penuh sambutan itu di Stadium Nasional.

Sambutan ulang tahun Umno, yang bertemakan 'Umno Pembela Rakyat', berlangsung selama 13 hari, bermula 1 Mei lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan