Skim Khas Untuk Artis

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan mewujudkan satu skim khas untuk membantu golongan artis di negara ini di mana mereka perlu mencarum untuk hari tua.

Timbalan Menterinya Datuk Joseph Salang berkata kementerian kini dalam peringkat perbincangan untuk menyiapkan kertas kerja mengenai skim tersebut.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Senator Subramaniam Veruthasalam yang ingin tahu sama ada kementerian bercadang memperkenalkan skim khas untuk para artis pada persidangan Dewan Negara pada Selasa.

Salang berkata menerusi skim itu para karyawan boleh menambah wang simpanan mereka mengikut kemampuan sehingga berusia 60 tahun, dan simpanan serta faedah tahunannya boleh dikeluarkan selepas tempoh matang.

Kepada soalan asal Subramaniam, Salang berkata kementerian sememangnya sentiasa peka dan prihatin terhadap kebajikan golongan artis di negara ini dan ini terbukti menerusi pengenalan Skim Belaan Artis yang diwujudkan pada 2007.

Bagaimanapun, skim berkenaan kemudiannya digantikan dengan Tabung Kebajikan Penggiat Seni pada tahun 2010 supaya nasib artis veteran yang daif dan uzur lebih terbela serta mendapat perhatian.

Katanya menerusi tabung itu empat jenis bantuan disediakan termasuk bantuan ehsan sehingga RM10,000 kepada penggiat seni yang daif dan tiada sumber kewangan tetap.

Salang berkata bantuan lain ialah bantuan kematian sebanyak RM5,000 kepada balu atau waris jika seseorang artis meninggal dunia, bantuan bayaran perubatan bagi penyakit kronik sehingg RM10,000 juga disediakan.

"Penggiat seni yang menghidap penyakit seperti kanser, angin ahmar, buah pinggang layak mendapat bantuan tapi mestilah disahkan oleh hospital atau klinik kerajaan," katanya.

Selain itu Salang berkata artis yang ditimpa bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, ribut juga layak mendapat bantuan sehingga RM5,000. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan