Persidangan Percubaan Parlimen Belia Bermula Jumaat Ini

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan akan mengadakan persidangan percubaan Parlimen Belia selama tiga hari di Hotel Palace of the Golden Horses mulai Jumaat ini.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata persidangan itu akan dianggotai wakil persatuan dan majlis belia, selain institusi pengajian tinggi.

"Parlimen Belia dianggotai 222 wakil dijangka bersidang pada penghujung tahun ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan Program Belia dan Sukan di sini, Isnin.

Beliau berkata anggota Parlimen Belia dibahagikan kepada jawatankuasa seperti sosioekonomi, tenaga hijau, alam sekitar, dasar luar serta pelajaran dan ia akan membentangkan usul yang dicadangkan kepada kerajaan.

Ahmad Shabery berkata pilihan raya secara online akan diadakan untuk pencalonan dan pemilihan 222 wakil Parlimen Belia namun proses itu bakal diperhalusi agar tidak timbul masalah teknikal.

"Kita sedang membina satu sistem di mana mereka yang bertanding akan menggunakan nombor kad pengenalan untuk mengesahkan bahawa mereka berusia di bawah 30 tahun, dan kawasan yang akan bertanding nanti adalah berdasarkan alamat dalam kad pengenalan.

"Rakyat Malaysia yang berusia 15 hingga 30 tahun, sama ada berada di dalam atau luar negara juga layak mengundi untuk memilih wakil Parlimen Belia masing-masing," katanya.

Mengulas penurunan had umur belia dari 40 tahun kepada 30 tahun selaras takrifan antarabangsa, Ahmad Shabery berkata ia merupakan satu proses untuk mematangkan masyarakat.

Mengikut penakrifan Bangsa-Bangsa Bersatu, had umur belia adalah antara 15 hingga 24 tahun namun negara komanwel menetapkan antara 15 hingga 30 tahun.

"Di negara kita, belia yang berusia 40 tahun baru memegang jawatan seperti ketua pemuda atau menjadi pemimpin di persatuan belia, tetapi di luar negara, mereka yang berusia 40-an telah berhasrat untuk memimpin negara.

"Contohnya, David Cameron telah menjadi Perdana Menteri Britain ketika berusia 45 tahun manakala Barack Obama menjadi Presiden Amerika ketika berusia 47 tahun," katanya yang berharap proses pengubahsuaian had umur belia di negara ini akan mempercepatkan kematangan rakyat. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan