Malaysia Jamin Bebas Dari Jangkitan Penyakit Lembu Gila

Diterbitkan: Selasa, 8 Mei 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa Malaysia masih kekal bebas dan selamat dari penyakit lembu gila serta tidak pernah menghadapi jangkitan tersebut pada ternakan sejak 10 tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan Datuk Dr Abd Aziz Jamaluddin berkata semua daging lembu di pasaran sama ada dari sumber tempatan atau yang diimport adalah selamat untuk dimakan.

"Semua lembu yang dibawa masuk harus menjalani proses kuarantin untuk diperiksa. Sehingga kini, tidak ada sebarang laporan mengenai lembu yang menghidap penyakit tersebut dan orang ramai tidak perlu khuatir," katanya dalam kenyataan di sini, Isnin.

Dr Abd Aziz juga meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden penyakit lembu gila yang dilaporkan di Amerika Syarikat pada bulan lepas kerana ia merupakan satu kes yang terpencil yang tidak memasuki rantaian makanan.

Tambahan pula, katanya, Malaysia tidak lagi mengimport daging lembu dari California serta bahan berisiko tinggi (tengkorak dan turus vertebra).

Buat masa ini, Malaysia tidak menggantung pengimportant daging lembu dari Amerika Syarikat dan telah mengarahkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk mengambil langkah berjaga-jaga terhadap pengimportan daging lembu.

Sehingga April lepas, Malaysia telah mengimport daging lembu dari Nebraska sejumlah 1.3 tan metrik bernilai RM156,000 manakala pada tahun lepas, sebanyak 25.3 tan metrik dengan nilai RM3.7 juta daging lembu telah diimport.

Dr Abd Aziz berkata Malaysia sentiasa mengamalkan polisi penghapusan bagi ternakan terjangkit dan berisiko dalam kawalan serta pembasmian penyakit lembu gila serta memperkukuhkan pemantauan dan pemeriksaan terhadap ladang ternakan, rumah sembelih dan pasar basah.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan menggantung pengimportan lembu dari Amerika Syarikat sekiranya terdapat risiko yang tinggi untuk jangkitan kepada ternakan.

Penyakit lembu gila merupakan penyakit zoonotik berjangkit daripada haiwan kepada manusia yang sangat berbahaya dan boleh menyebabkan kematian. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan